SNIIKA x SOG
Kasut edisi kolaborasi Sniika bersama kumpulan SOG ini menggunakan material berkualiti tinggi iaitu canvas dan baldu. Bahagian atas direka dengan jahitan zigzag berwarna emas, memberikan sentuhan premium yang menonjol.
Di sisi luar kanan, tertera cetakan album Bahtera – album ikonik SOG yang diterbitkan pada tahun 2014 dan menerima beberapa cetakan semula atas permintaan tinggi. Pada bahagian belakang terdapat sulaman “ESOJI” bersama logo rasmi SOG di bahagian atas tumit. Sisi kasut turut menampilkan logo “S” serta label Sniika dengan rekaan minimalis namun berkarakter.
Insole bercorak ombak, diilhamkan daripada tema album Bahtera. Setiap pasang didatangkan dengan kotak eksklusif berwarna hitam dan emas yang memaparkan visual album dan elemen ombak, lengkap bersama selimut kasut khas, set stiker edisi terhad, serta kad autentik rasmi. Koleksi ini dihasilkan dalam jumlah terhad dan tidak akan dikeluarkan semula.
20 TERAWAL DPT CD + SIGN SOG !!