SNIIKA x NARATU
Hardcore Dalam Setiap Langkah
Naratu, band hardcore metal legenda Malaysia yang diasaskan pada tahun 1998 di Kuala Lumpur, dikenali dengan muzik berat dan lirik penuh makna—ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Siapa yang tak kenal dengan lagu-lagu mereka yang membakar semangat? Sekarang, Sniika dan Naratu bergabung dalam satu kolaborasi epik, membawa jiwa hardcore terus ke atas kasut!
Rekaan Khas Sempena Raya
Edisi khas ini direka untuk peminat setia muzik berat & streetwear tempatan. Kasut ini menggunakan material kanvas dan suede untuk gabungan keselesaan dan ketahanan, sesuai dipakai ke gig, open house, atau sesi lepak santai.
Gabungan warna yang kontra:
✅ Hitam sebagai warna asas – melambangkan ketegasan & rebel
✅ Putih untuk corak – menyerlahkan elemen seni & identiti Naratu
✅ Ungu (purple) pada jahitan – simbol eksklusiviti & gaya unik
Setiap pasang hadir dengan kad autentik dan stiker eksklusif untuk melengkapkan pengalaman peminat tegar.
Terhad & Tidak Akan Restock!
Hanya 600 pasang akan dikeluarkan – siapa cepat dia dapat. Bila habis, memang takkan ada restock.
Ini bukan sekadar kasut. Ini adalah statement—gaya hidup hardcore, budaya muzik tempatan, dan semangat rebel yang kekal melangkah ke hadapan. Jom mosh dengan faham & melangkah dengan gaya!
Noted: Kasut collab tidak dibenarkan pertukaran saiz kerana stock terhad